Pages

Sunday, March 2, 2014

Genap SEminGGu SuDah...

Wah pejam celik dah seminggu rupanya bergelar fully housewife ni... seronok pun ada tp masih lg terkial2 nak menguruskan segala... tambahan pulak seminggu ni jugak menjaga si adik yang demamnya asyik on off tu jer... dapat tido pun sket2 jer sebab kejap2 jaga nak check temperature badannya takut makin naik if dibiarkan... 

Sambil2 menjaga adik demam dapatlar jugak  buat research sket sebagai persediaan sebelum berjumpa dengan supervisor nanti...  Tapi kan bila dah bergelar student 'warga emas' ni, saya realized something.. Kadang2 terasa otak sangat lembap dan malas nak berfikir, lapisan kemalasan yang semakin menebal macam lapisan lemak gak, dan kurang fokus... The fact is makin tua, makin banyak sel2 otak yang mati dan tak well-function.. :-(

Tapi, Alhamdulillah.. Saya tetap bersyukur walaupun punya waktu yang cukup singkat untuk study, semoga Allah sentiasa memudahkan saya untuk memahami apa yang saya baca.. As compared to zaman2 bujang jadi student dulu, berkali2 revise baru masuk otak! 

So, malam ni dapatlar jugak masak untuk family... Walaupun sekadar nasi goreng jer tapi bila tengok diorang makan bertambah2 rasa macam sangat dihargai dan ini membuatkan rasa nak masak hari2 untuk diorang.. memang sepatutnya pun macam tu...





Wednesday, February 26, 2014

I'm Back... testing.. testing...

Soalan matematik: Berapa beza tempoh antara 5 Jan 2012 dengan 26 feb 2014?

Jawapan: 2 tahun lebih... Lama jugak blog ni bersawang ek. Dalam tempoh masa ni memang macam-macam dah jadi. Kalau nak cerita memang tak tercerita lah. Dah tu, tak payah cerita...hehe.. Tapi nak jugakla kan cerita mana yang best. Sekadar rakaman untuk rujukan anak cucu. Nanti kalau diorang ni dah tak berapa hingat nak cerita boleh tekan je www.batrisyaqistina.blogspot.com

Last update blog ni Ica baru darjah 1 n si adik Aisya baru 2 tahun jer masa tu... Lar ni Ica dah darjah 3 n adik pun dah pegi sekolah... Macam2 hal n dugaan dah berlaku.. dari ada bibik sampai bibik dah lari pun jadi jugak...

Mood nak menulis datang tiba-tiba....


Tuesday, May 1, 2012

Mampukah aku....



Adakalanya dalam hati kecil ini sering bermonolog adakah aku mampu membesarkan anak-anakku dengan sebaik mungkin sebagaimana ibu dan ayahku  membesarkan kami adik beradik.... Melihat pembesaran mereka setiap hari didepan mataku dengan pelbagai karenah dan tindakan yang kadang-kadang boleh mengundang rasa gembira, marah, sedih dan kadang-kadang terkejut dengan tindakan mereka....

Tapi jauh disudut hati ini aku berazam untuk mendidik mereka menjadi anak-anak yang solehah, seimbang antara ilmu dunia dan akhirat.... Melihat perwatakkan anakku yang sulung Ica yang kini berusia 7 tahun seolah-olah dia ialah cerminan diriku ini... Lantas aku teringat pada satu artikel yang pernah aku terbaca bagaimana setiap masalah yang dicipta oleh anak-anak sebenarnya berpunca daripada didikan ibu sendiri tanpa kita sedari....

Pernah tak aku buat perkara-perkara sebegini selama membesarkan anak-anakku....

1. Bercakap ketika mulut penuh?
2. Bermasalah untuk memilih baju untuk dipakai?
3. Terlupa berkata tolong atau terima kasih?
4. Masih belum tidur walaupun telah melepasi waktu tidur?
5. Terlupa gosok gigi?
6. Jatuhkan barang secara tidak sengaja?
7. Pecahkan pinggan atau barang-barang kaca?
8. Makanan tertumpah pada baju?
9. Menangis bila kecewa?
10. Gelisah bila bosan atau gementar?
11. Lekas marah bila penat atau sakit?
12. Tidak datang sebaik sahaja dipanggil?
13. Perlu diingatkan berulang kali?
14. Mengalami masalah tatkala perlu memilih barangan yang perlu atau tidak di pasaraya?
15.Bercakap dengan kuat?
16. Berasa terganggu apabila perlu diberitahu oleh orang lain?
17. Berasa marah bila orang tidak mengambil kira perasaan anda secara serius?
18. Terlupa meletakkan sesuatu barang?
19. Kecewa bila diragui atas satu kebenaran?
20. Berkeras melakukan sesuatu perkara mengikut cara dan masa anda?
21. Mempunyai masalah untuk mengawal emosi?
22. Kadang-kadang marah tanpa sebab?
23. Mengelakkan daripada dibebel?
24. Tidak selesa tatkala orang memperkatakan tentang diri anda?
25. Sedih bila orang menyalah ertikan niat anda?

Panjangnyer senarai dan kebanyakan itulah yang pernah aku buat sepanjang bergelar seorang ibu tanpa aku sedari.... belum terlewat lagi untuk aku berubah menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anakku...

Yang paling penting aku perlu ingat anak adalah cermin terbaik kepada perilaku aku selama ini... dan sebenarnya mereka memberi peluang untuk aku belajar sekaligus membetulkan diri aku sendiri...

Terima kasih buat anak-anakku tersayang... Umi sayang ica n aisya.......


Thursday, April 26, 2012

Buat Lagi....



Hmmm.... asyik buat kraf lagi ye!!!! abis tu kalau dah namanya hobi.... ari tu untuk along dah siapkan hanging pillow pastu terfikir pulak nak tambah lagi n tetiba jer idea ni muncul.... dari sehelai tuala tangan telah bertukar menjadi hanging dress dr tuala pulak... ahakkksss...







yang ini tak siap finishing lagi baru sudah jahit...







nak share yang ini jer ari ni... dah siap pun n plan macam nak tambah lagi nanti... tapi tengoklar keadaan dulu....

Tuesday, April 24, 2012

Doorgift untuk Along Bilah (Part 2)...

Entry yang lepas ada cerita tentang aku buatkan doorgift nak hadiahkan pada si along bilah sempena majlis perkahwinannya di cuti sekolah nanti n dah siap pun yang itu... tapi bila tengok hasilnya macam ada beberapa ketul jer rasa macam tak cukup pulak soooo..... ambik keputusan untuk tambah lagi.... heheheee... bila dah start buat benda2 cenggini macam seronok pun ada!!!



Ni masih lagi di dalam proses pembuatan. Tengah menyumbatkan fiber dalam perutnyer bagi nampak gebu sket!




Kalau tak tau nilah rupa fiber...




Tengok tu bantal kecilku dah gemuk kene sumbat fiber tapi belum siap lagi tu kene jahitkan tali untuk gantungkannya pulak...




Nilar hasilnyer setelah finishing.... tambah tali, reben n bunga...





Siap sudah untuk along... hmmmm... rasa macam nak buat lagi yang lain pulak sebab masa masih ada...

XTVT di hujung minggu.....

Cuti hujung minggu yang lepas kami tak ke mana-mana just berehat di rumah sahaja... Lagipun ica sekolah ganti hari Sabtu tu sempena cuti Hari Raya Aidiladha hujung tahun ni... Amboi awal betul dah kene ganti eq!!! takper ica untuk kesenangan di masa hadapan jugak... 

So hari tu just mengisi masa lapang dengan membuat kerja-kerja yang tiada berkesudahan... sambil menunggu ica balik dari sekolah...  

Petangnyer kami membuat xtvt beriadah kononnyaaa... di padang lapangan terbang... hebatkan  kitorang kat sini airport tu just buat tempat main jer... heheheee...
So abah mengayuh basikal dari rumah n kami naik kereta ke sana... kalau nak kayuh basikal jugak ada yang tak sampai ni karang...




Gaya seorang pelumba basikal handalan lar konon tu!! gaya jer lebih... jangan marah eq abah!!!





Seronoklar kanak-kanak ni main berdua... yg sibibik terbongkok-bongkoktu buat apanyer pulak takkan nak tolong cabutkan rumput yang panjang kat padang tu....






Jauhnyer berjalan si adik tu..





ica kalau dapat berposing bagi kat dia...






Adik naik ni taknak turun!!! dia sedaplar naik orang lain yang tolakkan...



Oklar punyer seronoknyer sampai tak perasan hari dah lewat petang.... so anak-anak mari kita pulang... Janji kononnya esok kita datang lagi ye!!! Tetiba esoknyer hujan lebat pulak petang tu so janji tinggal janji jelar ye anak-anak... Takperlar ada masa kita pergi main lagi ye!!

Friday, April 20, 2012

Projek Lama...



Semalam ialah cuti umum bagi Negeri Perak sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak, sultan kesayangan kami... Disebabkan cuti pun hanya sehari so kitorang takderlar planning kemana-mana just menghabiskan masa dirumah jer....
Sambil-sambil bercuti tu gunalar masa yang terluang untuk mengemas barang-barang yang ada di bawah tangga a.k.a stor kami secara tidak rasmi.... Kemas punyer kemas terjumpelar dengan sketches projek lama-lama dulu masa mengajar student untuk subjek fashion design... Lar ni dah tak ngajar lagi sebab kene mengajar pakaian lelaki pulak.... hmmm....
Mulalar timbul semangat pulak nak melukis tapi masa tu jerlar kot.... Nak kene cari balik peralatan ni semua... kumpulkan semua ambik semangat baru teruskan niat suci ni... hehehee...
Ni lar antara sketches yang sempat dikumpulkan semula... ada lagi yang lain tapi next entrylar pulak eq!!!























Insyaallah hobi ni akan diteruskan semula bila sampai masanya... Takut nanti bila dah lama tinggal tangan pun dah mula keras n skill tu slowly akan hilang dengan sendirinya... Rugi jer belajar 4 tahun kat u kalau macam tu... duit loan study pun akak tengah gigih membayarnya lagi ni.... heheheee....