Pages

Tuesday, September 13, 2011

Diari: Selamat Hari Lahir Wahai Diri....



13 September 2011....

Usia saya meningkat. Kalau 30 adalah pintu gerbang kepada puluhan, maka 34 adalah isi kepada dunia puluhan.....
Saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri saya sendiri. Sudah 34 tahun rupanya. Rasa sebentar sahaja masa berlalu. Masih saya ingat diri-diri saya yang lama tanpa melupakan mereka walau sekejap pun....
Dan Allah mengurniakan saya perjalanan hari lahir yang terindah pernah saya lalui sepanjang hidup saya.
Pastinya, 13 September 2011 takkan saya lupa sampai bila-bila....

Tuesday, September 6, 2011

CeRitERa AidiLFitRi 2011.....


Saya update sikit gambar hari raya kami sekeluarga.... Tahun ni kami beraya di Port Dickson....
Tak banyak gambar di kamera saya kali ni, sebab Arissa masih kecil n susah betul dia nak fokus bila nak ambik gambar kami sekeluarga....
Sekadar beberapa keping foto buat kenangan saja :)








Do’a Untuk Anakku: Selamat Ulang Tahun.....


Segala puji bagi Allah, yang awal tanpa yang awal sebelum-Nya, yang akhir tanpa yang akhir sesudah-Nya. Mahasuci AsmaNya, Mahatampak AnugerahNya.

Ya Allah. Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya. Selawat yang awalnya tidak terbatas, yang batasnya tidak berujung, dan akhirnya tidak berhingga.

Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.

Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku. Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.
Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin

Selamat ulang tahun  yg ke 6 anakku
Nur Liyana Batrisya Azhar.......
25/08/2005










* Tak larat nak komen setiap gambar so selamat menjamu matalar ye!!!.....

SeTElah SeKIAn LaMa MenYEpi.....

Salam sejahtera.....
Boleh dikatakan agak lama juga aku tidak update blog... Biasalah, dunia blogging ni ada pasang surutnya, ada waktu semangat dan tak kurang juga boleh hilang semangat... Untuk mengembalikan semangat tu kadang-kadang memang agak sukar atau mungkin ianya bergantung kepada sesetengah individu bagaimana untuk mengatasi masalah semangat yang hilang.....

Bagi diriku sendiri, untuk mendapatkan semula semangat yang hilang tu memang agak sukar... Sebab tu agak lama aku tidak update blog. Tapi itu tidak bermakna aku terus lupa pada blog... Cuma ianya memerlukan satu tindakan untuk menulis semula.. Tapikan, bila dah lama tak menulis, rasa macam janggal pula.....


Tuesday, May 31, 2011

IcA WitH CuPcaKe.....

Hujung minggu yg lepas we all xpegi mana pun just relax kat rumah jer... lagi pun Arissa nak tumbuh si gigi gerahamnyer, asyiklar meragam jer.... so duduk rumah melayan anak2 jelar jawabnya...


Hmmmm.... bagus jugak ni kalau buat cupcake!!! Hehehee... lgpun sebelum tu da masuk klas buat cupcake kan.. so bolelar practice lagi... Ica lar yg paling gembira n paling sibuk! Sbbnyer dia menunggu jer masa nak letak icing kat cupcake tu...


Kek pun dah siap, bagilar Ica peluang nak hias kek dia sendiri.... So inilah hasil cupcake Ica!!!


HaRi SuKAn KeMBaLi LaGi......

Semalam, Ica masuk sukan lagi.... Tapi kali ni umi sempatlar temankan dia dari pagi sampailar selesai acara.... Pagi2 lagi kami dah sampai di padang lapangan terbang Gerik tempat sukaneka tu diadakan! (cayalar Gerik pun ada airport rupernyer!!!!)


Tengok Ica seronok sangat main dengan kawan2 dia sementara nak tunggu acara bermula!!! Luper kat umi terus.... Pukul 9 pagi baru lar acara sukan tu mula n Ica masuk banyak jugak acara rupernyer.... Berpeluh-peluh ni berlari sbb nak menang jugak n nak tunjuk dia terer kat umi tu....


Yeaaahhh dan akhirnya Ica menang dgn kawan2 nyer..... Oklar tu yg penting Ica gembira....

















































Wednesday, May 25, 2011

BAsiKaL BaRu KaMi....




"Yeeeaaaa....... Ica dgn Arissa dpt basikal baru!!! Bestnyer.... bolelar ica dgn adik main sama2.... Terima kasih umi n abah....."

Seronoknya tengok kanak2 dua org ni main basikal ptg semalam! Sampai nak senja suruh masuk rumah punyalar susah.. Ica sampai baiklar dr demam kayuh basikal punyer pasal! Arissa siap nangis2 lg xnak masuk! Last2 dgn basikal sekali bawak masuk rumah sambung lg main br puas hati....