Pages

Thursday, November 17, 2011

MaJliS koNvoKesYen IcA....


Hari ni merupakan Majlis Konvokesyen dan Tabikarama bagi seluruh Tabika Perpaduan di sini... Ada lebih kurang 6 buah sekolah termasuklar sekolah Ica skali.... Seawal jam 8 pagi semua kanak2 termasuklar ibu bapa n termasuklar dgn umi n abah skali dah berkumpul di Dewan Persidangan ni..... Macam2 karenah kanak2 bila dah berkumpul beramai2... yg menangis lain, memanjat, berlari n mcm2 lagilar xtvt yg diorang buat dgn gembiranya...
Lama jugak nak mulakan majlis ni rupanya... iyelar bila melibatkan kanak2 kecik ni memang kene bersabarlar banyak2!!! Akhirnya saat yg ditunggu telah tiba.... majlis bermula lebih kurang jam 9.30 pagi... Kulihat ica sangat gembira bersama kawan2nyer.... mcm xsabar2 menunggu giliran nak buat persembahan!
Umi ica n ibu fatini...
ica n kawan baiknyer fatini...
*smile.... iklan gigi versi ica n abah...
apsal umi tutup mata tu??? silau ker? opppsss.....
Tahniah ica.... akhirnya ica berjaya menamatkan persekolahan tadikanya... Selamat bercuti anak umi n tahun depan ica akan menemupuh alam persekolahan yang baru..... Good luck sayang!!!

Wednesday, November 16, 2011

RaGaM AnaK-aNaKku....

HaRi TeRAkhiR PerSEkolAhAN....

Pejam celik pejam celik rupanya hari persekolahan tadika ica dah sampai ke penghujungnya... Cepatnyer masa berlalu... Rasa macam baru lagi anakku ni di alam persekolahan tadikanya... Masih teringat lagi hari pertama ica kesekolah, penuh semangat tapi umi pulak yang rasa sangat risau dan sedih sebab nak lepaskan ica supaya belajar berdikari.....

Alhamdulillah hampir setahun berlalu ica kini lebih matang dan berani... hasil didikan cikgu Fiza n teacher Mimi.....
Terima kasih cikgu......

*Gambar ica dan kawan-kawan n cikgu di majlis perpisahan sekolahnyer....






















Thursday, September 15, 2011

SeLaMat HaRi LaHir MalaYsiA.....




bismillah

Esok, 16 September 2011 kita akan menyambut Hari Malaysia....

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. 

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Bab cuti memang semua orang seronok kan!!! heheheee.....

Kata-kata ini sering menjadi ingatanku....

"Jangan fikir apa yang negara bole bagi sumbangan pada diri kita..... tetapi fikirlah apa pula sumbangan kita  pada negara...."

Selamat Hari Lahir Malaysia..... Semoga negara ini aman damai selalu..... amin....


Tuesday, September 13, 2011

Diari: Selamat Hari Lahir Wahai Diri....



13 September 2011....

Usia saya meningkat. Kalau 30 adalah pintu gerbang kepada puluhan, maka 34 adalah isi kepada dunia puluhan.....
Saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri saya sendiri. Sudah 34 tahun rupanya. Rasa sebentar sahaja masa berlalu. Masih saya ingat diri-diri saya yang lama tanpa melupakan mereka walau sekejap pun....
Dan Allah mengurniakan saya perjalanan hari lahir yang terindah pernah saya lalui sepanjang hidup saya.
Pastinya, 13 September 2011 takkan saya lupa sampai bila-bila....

Tuesday, September 6, 2011

CeRitERa AidiLFitRi 2011.....


Saya update sikit gambar hari raya kami sekeluarga.... Tahun ni kami beraya di Port Dickson....
Tak banyak gambar di kamera saya kali ni, sebab Arissa masih kecil n susah betul dia nak fokus bila nak ambik gambar kami sekeluarga....
Sekadar beberapa keping foto buat kenangan saja :)








Do’a Untuk Anakku: Selamat Ulang Tahun.....


Segala puji bagi Allah, yang awal tanpa yang awal sebelum-Nya, yang akhir tanpa yang akhir sesudah-Nya. Mahasuci AsmaNya, Mahatampak AnugerahNya.

Ya Allah. Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya. Selawat yang awalnya tidak terbatas, yang batasnya tidak berujung, dan akhirnya tidak berhingga.

Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.

Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku. Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.
Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin

Selamat ulang tahun  yg ke 6 anakku
Nur Liyana Batrisya Azhar.......
25/08/2005










* Tak larat nak komen setiap gambar so selamat menjamu matalar ye!!!.....