Pages

Monday, April 9, 2012

SofaKu Berbaju Baru...

Sambil-sambil bercuti hujung minggu baru-baru ni ditambah pula dengan masalah takder air apa kata kita isi masa yang terluang ni dengan meneruskan hobi menjahit kan... lagi berfaedah!! So, tanpa membuang masa umi pun mengambil peluang untuk membuatkan baju baru untuk sofa di ruang tamu ni yang dah 3 tahun rupanya tidak berganti... isshhh malu jer kalau orang tau...

Kalau dulu macam nilar rupanyer sofa tu...





Tapi KINI.....


Close-up sket...




Apa macam ok ker yang baru ni??? Ok ke tak ok ker yang penting kami happy n puas sebab dapat buat sendiri....
Next entry umi letak gambar sofa kat ruang tengok TV pulak eq! Tak larat nak upload gambar banyak2 skali jalan.... sebenarnya m a l a s....

Krisis Air @ Ayaq @ Gerik....



Hari ni genap 5 hari kami di sini mengalami masalah takder bekalan air yang sangat2 kritikal... Bermula dari hari Khamis yang lepas ingatkan hanya 1 hari jer tetapi.... siapa jangka dengan kuasa Allah s.w.t hujan turun dengan sangat lebatnya di malam Jumaat hingga menyebabkan tanah runtuh di kawasan pam air di bersia menyebabkan kami terus terputus bekalan air sehingga kini. Ada yang bagitau mungkin mengambil masa 1 minggu untuk dibaiki dan mungkin juga 2 minggu... tetapi apa pun kemungkinan yag berlaku kita harus terima...

So bermulalar rutin mengumpul air dari pelbagai sumber.. rasanya dah tak terkira berapa trip abah mengambil air untuk kegunaan di rumah, nak harapkan umi setakat sebaldi air bolelar digagahkan lagi untuk mengangkat tapi kalau dah bertrip-trip..... menggigil kepala lutut jugak... Nasib baik ada abah.... Tq abah kerana menjalankan tugas sungguh mulia ini untuk kegunaan kita sekeluarga....

Rupanya bila sumber utama tiada banyak betul masalah yang dihadapi... Yang paling ketara anakku Kak Ca tak dapat nak pergi sekolah sebab diberi cuti... Nak pergi mengaji pun tak boleh Tahfiz pun tutup... Pelajar2 ku pun semuanya diberi cuti selama 1 minggu dan ini secara tidak lansung telah sedikit mengganggu proses pembelajaran mereka...

Ini cuma satu ujian kecil yang Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita untuk menghadapinya... If selama ini mungkin kita selalu membazirkan penggunaan air tanpa disedari, bila dah diuji sebegini baru kita sedar betapa besarnya nikmat Allah pada kita semua...

Tuesday, April 3, 2012

In 20 Years....

Agak-agak macam ni ke rupa kita lagi 20 tahun ye bang!!! Dah nak pencen pun kita masa tu eq!hahahaaa... tergelak besar bila tengokkan muka sendiri.... 20 tahun lagi??? hmmmm... masa tu ntah masih ada atau sudah berada di alam lain... Wallahualam... hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.... Yang penting amalan yang dibuat sebagai bekalan untuk ke sana...

Monday, April 2, 2012

Hobi BaruKu..... part 1




Sejak-sejak sibuk dengan hobi baru ni pantang tengok barang lama habis semua nak dimake over! Kain perca lama sibuk dikumpulkan semula!!! Macam-macam bole buat dengan kain ni! Tapi apa pun terima kasih kat ibu tersayang yang telah menghadiahkan mesin jahit sebagai hadiah perkahwinan... Dah macam-macam benda yang dijahit dengan mesin ni... Di tambahkan pulak dengan hobi yang baru ni lagilar berkobar-kobar semangat nak gunakan! Pernah jugak mesin ni jadi tukun tiruan sekejap sebab masa tu sibuk dengan hobi memasak kononnya... Tak pernahnya tetap pendirian asyik bertukar jer hobinya....



Macam mana bole tertukar ke hobi yang baru ni entahlar... Tapi kalau dilihat pada perabot yang ada kat rumah ni sebenarnya takder lansung yang bercirikan "English" hmm.... Kerja giler pulak kalau tukar baru semuanya!!! Iyelar kalau semua nak tukar baru rasanya bole habis beribu-ribu lemon jugak! Sebab tular ada orang kata menghias rumah mengikut "English Style" ni sebenarnya memerlukan kos yang agak tinggi... Tu lar... masa nak masuk rumah dulu takder konsep so main ikut suka jer beli perabot! Lagi pun dulu konon-kononnya tak sukalar hias rumah style English... semak katanya.......

Sekarang... padan muka sendiri....



Tapi itu semua bukan halangan.... Sebenarnya banyak yang boleh kita buat sendiri, yang penting ada minat dan kesungguhan....


Isshhh... apa benda pulak yang den merepek ni... sebenarnya entry kali ni nak sharekan apa benda lagilar yang si along ni buat kat rumah dia agaknya... (bak kata mak!!!) heheheee....

Tika Baru Bermula....

Deco, deco dan deco.... hobi yang baru bermula... memandangkan anakku yang bongsu kian membesar baru terbuka hati untuk memulakan hobi yang baru ini...
Ibarat "saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...." terjatuh cinta pulak dengan English Style kononnya.... En suami tidak membantah tetapi....berpesan "jangan serabut sangat dengan benda kecik-kecik ye" "Baik bos!!!" heheheee..... tak serabut Insyaallah.... benda-benda kecik??? heheheeee.... macam tak leh janji jer....
Jom nak kongsikan tika baru bermula belajar nak menghias rumah kali pertama dahulu.... hampir 3 tahun yang lepas... kami mula mendiami "Baiti Jannati" ini pada Oktober 2009...
Inilah dia keadaan rumah kami 3 tahun yang lepas... terkini.... nantilar di entry yang akan datang ye!!!

Dear Suami Ku...Selamat Hari Lahir...



"Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi Abang...Selamat Hari Jadi....
Entry kali ni khas buat suamiku yang tercinta sempena hari lahirnya yang 33 tahun pada 2 April 2012... dah tua dah dia.... hehehee....
Buat suami ku...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang. Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab, kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.
Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.
Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku bang, agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.
Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....

Tuesday, March 6, 2012

TerLaLu LaMA....

Terlalu lama rasanya blog ni tak di update!!! dah bersawang rupanya nasib baik password masih diingati... by the way tahun 2012 ni penuh dengan macam-macam perkara yg takkan mungkin boleh dilupakan!!! semoga apa yang berlaku ini memberi kami pengajaran yang sangat berguna!!!