Pages

Tuesday, April 17, 2012

Mengemas lagi.....



Tengok tajuk entry kali ni pun dah bole agak kan.... tak habis-habis mengemas rumah lagi umi ni bak kata anakku ica.... Mengelap mengemas mengelap mengemas dah mengalahkan bibik ku jer... abis tu nak buat macam mana bila dah rajin menambah barang kat rumah ni haruslah kene rajin membersihkan nyer jugak... Kalau tak mau habuk tebal seinci!!! Tengok dari jauh semuanya indah.... kasi close up sket n tengok..... heheheee... Tapi apa-apa pun yang kubuat.. yang penting happy..... penat mengemas pun tak terasa penatnyer kalau dah suka kan....

Memperkenalkan ahli baru di rumah kami....
























Rasanya cukup dulular mengemas di bahagian ruang tamu ni sebab misi yang seterusnya ialah "My Kitchen" dan di bahagian halaman luar.... Tunggu....

Monday, April 16, 2012

Doorgift Untuk Along Bilah....

Hujung bulan Mei ni isyaallah along bilah (sepupuku...) akan melansungkan perkahwinannya.. Kiranya pakcik n makcikku bakal menerima menantunya yang pertama lar ye!!!Pikir punyer pikir apalar nak bagi kat dia eq! Sebabnyer makcikku ni tak pernah sekali pun luper nak bagi kami hadiah sekiranya ada kenduri.... So this time untuk anaknya apa salahnya kita membalas pulak kan!!! Last-last ambik keputusan buat sendiri jelar doorgift untuk dia....


Ini semua masih dalam proses tak siap lagi......


Bertaburan lagi barang-barang yang digunakan.... konon-konon macam nak buat banyak sangat tapi adalar hasilnye beberapa ketul jer....







Ni antara yang dah siap....



Khas buat along.... harap-harap sudi menerima pemberian yang tidak seberapa ini ye.....

Friday, April 13, 2012

Adik Aisya....



Ari ni umi nak cerita tentang adik aisya yang dah semakin bijak dalam semua hal cuma.... adik tak nak bercakap sangat.... semua benda yang adik nak dia akan gunakan kuasa tangan untuk tunjuk kat kita apa yang dia mahukan... hmmm adik oh adik...
Lar ni adik dah kuat mengamuk jugak! kesian kak ca selalu kene mengalah dengan adik dia yang sorang jer ni... apa pun kami semua sayang dengan adik aisya n xsabar nk tunggu adik besar sket so kita bole pergi jalan-jalan bersama..... bukan apa buat masa sekarang ni adik tak bole naik kereta lama-lama mulalar nak meloya dan akhirnyer akan muntah... sian kat adik....

adik lukis ke menyonteng buku tu???

tunjuk buku dia lar tu.... tapi sebenarnya itu semua buku warisan dari kakak ca yang punyer!!!


ni stail barular kononnya adik bila bergambar!!!
suka sangat kenyitkan mata dia sebelah macam gitu!

adik n kak ca...(ni masa tengah baik berdua...) muka kak ca tengah happy dapat pegi mengaji sebab dah hampir seminggu tahfiz tutup kes xder air...

subuh2 lagi hari ni adik dah bangun nak pegi school tapi pampers busyuk dia tak tukar lagi... gigi pun xberus n yang paling penting susu adik tak minum lagi macam mana nak pegi school...

Thursday, April 12, 2012

Jalan-Jalan @ Stesen 18



Semalam, sempena cuti umum pertabalan Yg Dipertuan Agong abah ajak kitorang gi jalan-jalan ke Ipoh jer.... so alang2 menyeluk pekasam opppsss silap2 dah alang2 nak berjalan ke Ipoh tu umi pun cadangkan kat abah apakata kita gi melawat JJ baru kat stesen 18.... abah pun ok sajer...
Sampai sana perkara utama yang memang dah agak ialah masalah parking!!! rasanya sempatlar kami berpusing hampir 2 round nak mencari parking dan akhirnya ada sorang amoi tu nak keluar n siap bagitau kat kitorang lagi!!! tq2.... dah selamat satu masalah...
Masuk2 jer kat pintu utama punyalar ramai umat... ntah dari mana datangnyer termasuklar dengan kitorang skali kan!!! nasib baik tak bawak adik lagi kalau tak dia mesti rimas!!! takpelar next time kita bawak adik pulak ye bila keadaan dah kembali terkawal! almaklumlar JJ ni baru bukak 29 mac ari tu so semua orang pun mestilar nak pergi kan!!!
Di sebabkan terlalu ramai orang so kitorang pun takdelar pusing semua tempat... ikut yang mana larat jer sebab plan memang untuk jenjalan jer tak shopping apa2 pun... last2 macam biasa bawak ica main kat playstation yang ada kat dalam jusco tu jer... sempatlar habis duit umi rm6 buat beli token untuk main... takpelar ica sekali skala kan....


ni view kat bahagian centre court dia....
muka gembira ica n abah pas main game....

last skali dah penat main kitorang makan kat uncle kenny rogers jer... itu jer pun tempat yang kurang orang tapi tetaplar kene tunggu kat 5 minit jugak!!
sudah makan n perut sudah kenyang.... apalagi jom kita balik!!! esok kerja....
tup...tup... dapat col dari mak di kampung bgtau tentang amaran tsunami akan melanda.... dan dah ada tanda2 gegaran rupanya yang kami tak tahu telah berlaku!!! Ya Allah lindungilar kami semua sekeluarga...
Alhamdulillah pagi ni col mak n semua berada dalam keadaan baik.... alhamdulillah...

Tuesday, April 10, 2012

SofaKu Berbaju Baru (Part 2)....


Entry yang lepas xsempat nak masukkan gambar baju baru untuk sofaku di ruang tengok tv @ tempat melepak abah n kak ca n adik aisya... berebutlar korang saper cepat dia dapatlar melepak atas sofa tu... tapi biasanya si adik kalau dia nak duduk dia tak kira dia panjat n duduk atas saper2 pun yang menjadi mangsanya...




ini ialah gambar sebelum letak skirting kat keliling bahagian sofa tu...




yang ini gambar selepasnya...