Pages

Friday, February 25, 2011

JuMAaT.....

Cepat betul masa berlalu sedar2 ari ni da ari jumaat..... Kerja apa yg dpt diselesaikan sepanjang minggu ni ye??? ok, FRP setel cuma tunggu nak dapat jer semula, xder FRP susahlar nak update kehadiran student! Kelas berjalan seperti biasa cuma semalam........

Ada satu kejadian, sorang student ni injured pulak sampai xleh berjln.... Terpaksa mintak tolong hubby col ambulans suh hantarkan ke hospital..... time kaseh abg! pensyarah klas lar pulak katakan so we all follow sampai ke hospital n setelkan student tu... Alhamdulillah xder aper2....

Tu lar dalam kehidupan banyak perkara yg kita tak jangka akan berlaku.... if kita tak membantu sesama manusia, mana tahu suatu hari nanti if terjadi satu perkara yg xdiingini dalam kehidupan kita mungkin tiada siapa yg sudi membantu.....

Lumrah kehidupan..... kita xboleh hidup dalam dunia ni sendirian......

Tuesday, February 22, 2011

KeSIAn IcA.....


Hari ni ica xpegi sekolah.... Pagi td dia batuk teruk sangat! Risau dibuatnyer! so, ari ni abah bwk ica g hospital pantai ipoh jumpa dr cheong....
Ya Allah, rupenyer ica punyer tahap batuk tu da teruk sgt sampai hampir2 nak kene tahan kat wad masuk gas! Selsema dia pun da teruk sangat sampai da penuh dlm hidungnyer!


Tapi dgn nasihat dari doktor ica dibekalkan dgn ubat n perlu habis sebelum 02/03/2011 untuk doktor check ica semula...
Ica xbole makan n minum benda yg sejuk n umi ingat!!! no AIS at home start from today!!!! semua dlm rumah kita kene bertahan xbole minum minuman berais depan ica....

Kesian IcA......






Monday, February 21, 2011

MonDAY......

Welcome back MONDAY.... keje seperti biasa.....
Kejap jer rasa cuti 2 hari, ari ni da keje semula.... 2 hari ni rasaya byk jugaklar keje2 dpt dibuat! Tp biasalarkan bagi cuti setahun tetap tak puas jugak!

Kesian ica sabtu baru ni dier demam... Panas jugaklar badannyer! Pagi2 lg da mengadu sakit kepala n perut! Menangis punyalar kuat sampai baby Arisa tergamam tengok dia! Apahal kakak aku ni??? Umi pulak paniklar sekejap jdnya!
Dahlar kat umah ubat pun habis! Apa nak buat ni.... bertenang! First thing ambik vicks sapu kat perut n kepala dia, pakaikan stokin n tepuk2 bagi tido.....
Pastu umi apa lagi kejut abah bangun g farmasi beli ubat tp sempatlar pulak tu we all g sarapan dulu! Heheheeee....
Balik2 tengok anakku da terbaring... siannyer anak umi! Terus bg makan ubat bentangkan si toto suruh dia tido atas tu.... Kat kul 4 petang baru bangun agaknyer kene penangan ubat demam n batuk tu buat ica tido lena....

Alhamdulillah.... ica bangun demamnya da kebah n umi suapkan ica makan nasi n sup ikan yg umi masak khas buat orang sakit!

Kiranya 2 hari cuti ni puaslar dapat jaga anak2 umi yg tersayang.....

Friday, February 18, 2011

TaK BersUnGgUH dEngAn BerSuNGGuh SaMa PeNAt....

Apa Khabar? Harapnya semua dalam situasi luar biasa bagus dan hebat sekali... biar kita sangka kita bagus walaupun kita tak berapa bagus daripada kita rasa tak bagus sebab memang kita tak bagus.... Apa daaa.....

Ngabihkan boreh jo, nak buek apo??? Tak gitu... Maka untuk mencapai tahap bagus kita perlu bersungguh dalam apa jua yang kita lakukan. Kita perlu bersungguh, sebab tak bersungguh dengan bersungguh tu sama susah, sama penat.

Orang yang bersungguh dengan orang tak bersungguh kita boleh kenal. Orang kerja bersungguh kalau kita tengok dia macam tarik nafas pun tak sempat. Bukan main tu! Tarik nafas pun tak sempat.....
Orang yang bersungguh dia boleh hasilkan banyak benda dalam satu masa. Orang yang tak bersungguh satu kerja pun tak siap-siap. Orang yang bersungguh dia boleh puas hati dengan apa yang dia capai sebab itu takdirnya.... orang yang tak bersungguh tak boleh berasa puas sebab rezekinya terhenti dan tersekat.

Tengok, untuk berjaya memang banyak halangannya, tapi untuk gagal pun apa kurangnya. Wah, macam mutiara kata gitu! Selamat bersungguh dengan apa jua usaha murni yang kita lakukan!!!

Thursday, February 17, 2011

KuaSA BunGA unTUk PeNYemBUh mOOd....



Ari ni nak citer sket tentang kuasa BUnGa.....

Orang jd merajuk sbb nakkan benda itu tp tidak diperolehinya.... Jadi cara mengatasi masalah ini ialah berilah benda... Kalau dia nak hadiah berikan hadiah, kalau dia gelang berikan gelang, waima kalau dia nakkan kereta bagilah kereta! Heheheeee..... Tetapi bagi yg mampular. Kalau xmampu ada beberapa tips yg saya petik dari buku "Jangan Tidak2" karangan Dr HM Tuah Iskandar.....

Nak tau apa dier???
Kalau dia perempuan, berikan bunga. Sejambak atau sekuntum, tengok jenis merajuknya... Kalau berat merajuknyer bagilar sejambak, kalau sikit2 bagi sekuntum pun sudah memadai....
Dan pastikan bunga itu berbau wangi! Jangan beri bunga yg busuk atau tak berbau lansung! Kalau xder bau curahkan minyak wangi biar semerbak harumnya!

Kenapa bunga???
Sebab bunga mempunyai tenaga.... Bunga berkuasa untuk mengharmonikan persekitaran. Mcm orang mandi bunga juga, nak harmonikan badan, nak neutralkan arus2 negatif dalam badan. Itulah kuasa bunga....

Tak percaya ya???

Kalau tak percaya bole cuba. Cuba dulu baru tau! Tapi AWAS, jangan bagi bunga plastik atau bunga kertas! Itu semakin menimbulkan kemarahan...
Sesetengah suami, mmg xfaham psikologi, isteri da merajuk setengah hari, dia buat dek jer... Buat xreti jer...Sampai hati abg! Tak baik buat mcm tu abg!

Pujuklar..... Orang merajuk memang minta dipujuk...

Wednesday, February 16, 2011

MaLAm MaSiH aWal.......

AnAK2 pun dah tido... Hmmmm so apalagi baik mulakan kerja2 menyiapkan order yg tertangguh.... Nak siapkan felt bag untuk nikna dulular pastu baru bole siapkan order dari MaNJu pulak... Heheheeee.... kadang2 rasa penat tapi bila da start menjahit ni nak stop susahlar pulak!! slalu berangan nak stay up lama sket tp apakan daya panggilan bantal tu terngiang2 jer suruh masuk tido......

Tengoklar malam ni bole bertahan sampai kul berapa....

Ok, jumpa lagi.....

me, ica n abah.....


D' Journey Of Life......


Ntah tetiba jer rasa nak wat blog ni.... tengok orang lain buat teringinlar pulak.... blog ni just untuk suker2 jer...

Hari ni nak citer tentang baby Arissa yg da pandai nangis nak ikut umi g keje.... menjerit2 pagi td nak kluar dr rocker dier... sampai panic si bibik tengok! Kakak Ica steady lg sejak masuk school senang sgt nak kejut bangun pagi, cuma waktu malam nak suruh tido tu susah sket ader jer alasan.... mesti tengok Powerpuff Girls dulu baru bole tido....
Kejap jer masa berlalu.... Tuptuppp!! Arissa da nak masuk 9 bulan! rasa sakit bersalin pun xhilang lagi tetiba jer anak2 da membesar! Ica da masuk tadika tahun depan da darjah 1!
Umi sayang Ica n Arissa sgt2!!!!