Pages

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Menyambut Awal Muharram....

Salam Maal Hijrah untuk semua yang beragama Islam. Pejam celik, pejam celik dah nak dekat masuk tahun baru kan? Sempena 1 Muharam ni, kalau boleh sama-sama lah kita berhijrah menjadi manusia yang lebih positif dalam semua hal. Berhijrah menjadi hamba yang jauh lebih mulia pada pandangan mata Allah, berhijrah menjadi saudara se Islam yang jauh lebih baik untuk semuanya, berhijrah menjadi manusia yang jauh lebih sempurna daripada semua segi ringkasnya....

Saya pun bukan sempurna sangat. In fact, memang tak pernah sempurna dari dulu till now. Ada je pincang sana sini. Masih belajar mencari “sesuatu” daripada semua orang. Apa yang datang depan mata, saya cuba terima dan jalani saja seadanya.....

Mana yang tersirat dibalik yang tersurat, pasti ada hikmahnya. Allah tak akan duga kita sesuka hati. Ikhlaskan saja. Saya dah ikhlaskan semuanya yang berlaku selama ni. Biarlah. Allah kan ada. Kalau semua orang pergi pun, Allah tetap ada dengan kita.

Buat sesuatu biar dengan kerelaan hati. Kalau dah betul nak buat, teruskan. pedulikan apa orang nak kata sebab sebenarnya manusia lain tu tak ada hak berkata-kata tentang diri kita....

Sekali lagi, Salam Maal Hijrah untuk semua muslimin dan muslimat. Jangan lupa, baca doa Akhir Tahun dan doa Awal Tahun.....InsyaAllah, sama-samalah nanti kita baca ya nanti. Amin

Doa Akhir Tahun

p/s: Doa ini hendaklan dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar pada akhir Bulan Zulhijjah




Doa Awal Tahun



p/s: Doa ini hendaklah dibaca 3 kali selepas Selepas Maghrib pada 1 Muharam

No comments:

Post a Comment