
Hari ni genap 5 hari kami di sini mengalami masalah takder bekalan air yang sangat2 kritikal... Bermula dari hari Khamis yang lepas ingatkan hanya 1 hari jer tetapi.... siapa jangka dengan kuasa Allah s.w.t hujan turun dengan sangat lebatnya di malam Jumaat hingga menyebabkan tanah runtuh di kawasan pam air di bersia menyebabkan kami terus terputus bekalan air sehingga kini. Ada yang bagitau mungkin mengambil masa 1 minggu untuk dibaiki dan mungkin juga 2 minggu... tetapi apa pun kemungkinan yag berlaku kita harus terima...
So bermulalar rutin mengumpul air dari pelbagai sumber.. rasanya dah tak terkira berapa trip abah mengambil air untuk kegunaan di rumah, nak harapkan umi setakat sebaldi air bolelar digagahkan lagi untuk mengangkat tapi kalau dah bertrip-trip..... menggigil kepala lutut jugak... Nasib baik ada abah.... Tq abah kerana menjalankan tugas sungguh mulia ini untuk kegunaan kita sekeluarga....
Rupanya bila sumber utama tiada banyak betul masalah yang dihadapi... Yang paling ketara anakku Kak Ca tak dapat nak pergi sekolah sebab diberi cuti... Nak pergi mengaji pun tak boleh Tahfiz pun tutup... Pelajar2 ku pun semuanya diberi cuti selama 1 minggu dan ini secara tidak lansung telah sedikit mengganggu proses pembelajaran mereka...
Ini cuma satu ujian kecil yang Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita untuk menghadapinya... If selama ini mungkin kita selalu membazirkan penggunaan air tanpa disedari, bila dah diuji sebegini baru kita sedar betapa besarnya nikmat Allah pada kita semua...
No comments:
Post a Comment