Pages

Tuesday, May 1, 2012

Mampukah aku....



Adakalanya dalam hati kecil ini sering bermonolog adakah aku mampu membesarkan anak-anakku dengan sebaik mungkin sebagaimana ibu dan ayahku  membesarkan kami adik beradik.... Melihat pembesaran mereka setiap hari didepan mataku dengan pelbagai karenah dan tindakan yang kadang-kadang boleh mengundang rasa gembira, marah, sedih dan kadang-kadang terkejut dengan tindakan mereka....

Tapi jauh disudut hati ini aku berazam untuk mendidik mereka menjadi anak-anak yang solehah, seimbang antara ilmu dunia dan akhirat.... Melihat perwatakkan anakku yang sulung Ica yang kini berusia 7 tahun seolah-olah dia ialah cerminan diriku ini... Lantas aku teringat pada satu artikel yang pernah aku terbaca bagaimana setiap masalah yang dicipta oleh anak-anak sebenarnya berpunca daripada didikan ibu sendiri tanpa kita sedari....

Pernah tak aku buat perkara-perkara sebegini selama membesarkan anak-anakku....

1. Bercakap ketika mulut penuh?
2. Bermasalah untuk memilih baju untuk dipakai?
3. Terlupa berkata tolong atau terima kasih?
4. Masih belum tidur walaupun telah melepasi waktu tidur?
5. Terlupa gosok gigi?
6. Jatuhkan barang secara tidak sengaja?
7. Pecahkan pinggan atau barang-barang kaca?
8. Makanan tertumpah pada baju?
9. Menangis bila kecewa?
10. Gelisah bila bosan atau gementar?
11. Lekas marah bila penat atau sakit?
12. Tidak datang sebaik sahaja dipanggil?
13. Perlu diingatkan berulang kali?
14. Mengalami masalah tatkala perlu memilih barangan yang perlu atau tidak di pasaraya?
15.Bercakap dengan kuat?
16. Berasa terganggu apabila perlu diberitahu oleh orang lain?
17. Berasa marah bila orang tidak mengambil kira perasaan anda secara serius?
18. Terlupa meletakkan sesuatu barang?
19. Kecewa bila diragui atas satu kebenaran?
20. Berkeras melakukan sesuatu perkara mengikut cara dan masa anda?
21. Mempunyai masalah untuk mengawal emosi?
22. Kadang-kadang marah tanpa sebab?
23. Mengelakkan daripada dibebel?
24. Tidak selesa tatkala orang memperkatakan tentang diri anda?
25. Sedih bila orang menyalah ertikan niat anda?

Panjangnyer senarai dan kebanyakan itulah yang pernah aku buat sepanjang bergelar seorang ibu tanpa aku sedari.... belum terlewat lagi untuk aku berubah menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anakku...

Yang paling penting aku perlu ingat anak adalah cermin terbaik kepada perilaku aku selama ini... dan sebenarnya mereka memberi peluang untuk aku belajar sekaligus membetulkan diri aku sendiri...

Terima kasih buat anak-anakku tersayang... Umi sayang ica n aisya.......


No comments:

Post a Comment